Umrah Backpackers
Jemaah dikehendaki berada di Lapangan Terbang KLIA 2 sekurang – kurangnya 5 jam sebelum berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Jemaah terus daftar masuk Hotel di Madinah. Jemaah akan rehat seketika dan kemasjid Nabawi. Aktiviti Bebas.
Jemaah Wanita akan dibawa keRaudah, Masjid Nabawi dan menziarahi Makam Rasulullah S.A.W. Jemaah lelaki bebas melakukan Ziarah Makam Rasulullah secara sendiri
Jemaah akan dibawa menziarahi Masjid Quba’, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Khandaq (Tidak berhenti, hanya lalu sahaja) dan Kebun @ Pasar Kurma. (Ziarah tanpa Mutawif)
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Sebelum zohor, Jemaah dikehendaki melakukan TAWAF WIDA. Jemaah akan berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke Makkah. Jemaah dinasihatkan untuk berada di lobi hotel 1 jam sebelum waktu bas bergerak ke Makkah. Mutawif akan Bersama sama membimbing Jemaah dari HotelMadinah untuk berniat di Miqat, seterusnya melaksanakan Umrah Wajib.
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Jemaah akan dibawa menziarahi beberapa tempat bersejarah dikota mekah seperti Bukit Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, dan akhir sekali Ja’ranah. Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah atau umrah badal bolehlah bermiqat(Berniat dan memakai ihram) disini.
NOTA: Umrah kedua adalah tanpa bimbingan Mutawif.
Bagi sesiapa yang ingin melaksanakan umrah ke- 3, dikehendaki untuk berkumpul di lobi pada masa yang akan ditetapkan.
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Sebelum bergerak pulang, Jemaah dikehendaki melakukan TAWAF WIDA’ dan bertolak ke Airport dengan menaiki bas yang telah diuruskan. Semua Jemaah dikehendaki berada di lobi hotel 1 jam sebelum bas berlepas ke lapangan terbang.
Dijangka tiba di Kuala Lumpur.