skip to Main Content
BIZMILLA TRAVEL & TOURS (KPK/LN5503) | Umrah, Badal Haji & Pakej Percutian
Aqiqah di Mekah RM499 - Mudah, Murah dan Terjamin

Testimoni Pelanggan
Sijil Eksklusif Untuk Setiap Nama
sijil-aqiqah-kayu
3 Cara Mudah Untuk Sertai Aqiqah
1. Isi maklumat peserta, alamat penghantaran sijil dan buat pembayaran melalui platform yang disediakan.
2. Setelah pesanan diterima, Aqiqah akan dilaksanakan pada hari Jumaat minggu ke-4 setiap bulan.
3. Video bukti sembelihan akan diberi selepas 3 hari dan sijil akan dihantar selewatnya 30 hari selepas sembelihan.
Pilih bizmillatravel.com untuk Aqiqah anak anda kerana;
Mudah bagi yang mempunyai kekangan masa & murah bagi yang kurang berkemampuan.
Dilaksanakan di Mekah dan diagihkan dengan baik dan sempurna kepada fakir miskin.
Percuma sijil berukiran kayu eksklusif dan unik yang bernilai lebih RM50 sebagai cenderahati.
Video sembelihan beserta sebutan nama anak anda sebagai bukti pelaksanaan oleh kami. *Khas untuk Aqiqah sahaja.
Aqiqah 2020 di Mekah RM499 - Mudah, Murah dan Terjamin
Borang Pendaftaran Aqiqah

Sila isikan maklumat dibawah dan teruskan ke proses pendaftaran dan pembayaran online / offline yang disediakan.

  • Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga

    “Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” Hadis riwayat Tirmidzi


  • Nama Penuh
  • Nombor yang boleh menerima mesej Whatsapp
  • Alamat Penghantaran Sijil Penyertaan (Rumah/Pejabat/ PO Box)





  • Maklumat Anak / Peserta & Bilangan Kambing Aqiqah*

    "Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing." – Riwayat Abu Daud (2842)


  • Nama Penuh Anak / PesertaBilangan Kambing 
    Sekiranya anda mendaftar lebih dari satu nama, sila tekan butang ( + ) untuk mengisi nama peserta lain. Isikan bilangan kambing sembelihan bagi memudahkan pembahagian kuantiti setiap peserta.



  • Lafaz Niat & Akad Aqiqah

    "Saya/Kami dengan ini mewakilkan kepada pihak bizmillatravel.com di bawah kelolaan syarikat Bizmilla Travel & Tours Sdn Bhd dan/atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah Aqiqah bagi nama-nama seperti di atas kerana ALLAH TAALA"



  • Hidden
  • RM 0.00
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Soalan-soalan lazim Akikah & Qurban

Ibadah akikah ialah sembelihan haiwan ternakan kambing yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi. Manakala ibadah korban ialah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu 10 hingga 13 haribulan Zulhijjah.

Hukum melaksanakan Akikah ialah sunat Mu’akkadah –  iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut melaksanakannya. 

Ada 3 golongan yang dituntut untuk melaksanakan akikah. Susunan adalah mengikut keutamaan;

  1. Ibu bapa atau penjaga yang berkewajipan menanggung nafkah bayi.
  2. Datuk atau Nenek. Mereka juga dituntut mengakikahkan cucu mereka, sepertimana baginda Nabi SAW mengakikahkan cucu baginda iaitu Saiyidatina Hassan dan Hussain R.Anhuma.
  3. Diri sendiri. Sekiranya seseorang individu itu sudah dewasa dan berkemampuan dari sudut hartanya, tetapi (sewaktu kecil) dia belum diakikahkan oleh Ibubapa / datuk atau penjaganya, maka dia boleh lakukan Akikah untuk dirinya sendiri.

Akikah untuk anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan 1 ekor kambing.

Daging akikah sunat dimasak terlebih dahulu untuk dimakan bersama. Ini bermaksud daging tersebut tidak diagihkan secara mentah, sepertimana yang dilakukan terhadap daging sembelihan korban. Tetapi di EZ Qurban, tidak semua daging akikah tersebut dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penduduk tempatan supaya lebih ramai menerima agihan daging akikah tersebut.

Ibadah Akikah dilaksanakan pada hari ke-7, 14, dan 21 hari kelahiran bayi. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan akikahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7, dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. At-Tirmidzi).

Syeikh Arsyad Al-Banjari menyebutkan dalam Sabil Al-Muhtadin: “Jika terlepas akikah pada hari ke-7 kelahiran bayi, maka tunaikan pada hari ke-14. Dan jika terlepas hari ke-14, maka tunaikan pada hari ke-21. begitulah ia diselangi 7 hari berikutnya“.

Tidak digalakkan melaksanakan Akikah pada bahagian lembu, kerana Akikah itu dituntut untuk dilaksanakan pada seekor haiwan yang lengkap sempurna, sepertimana perbuatan Nabi SAW yang mengakikahkan haiwan kambing untuk cucundanya.



Experience the unforgetable Experience

Copyright © BIZMILLA TRAVEL & TOURS [F]

Back To Top