skip to Main Content
BIZMILLA TRAVEL & TOURS (KPK/LN5503) | Umrah, Badal Haji & Pakej Percutian
  1. Saya memperakui semua maklumat yang diberikan di dalam borang pendaftaran adalah betul dan benar. Pihak pendaftar perlu memastikan segala maklumat yang diberikan tepat. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesalahan maklumat di dalam borang seperti kesalahan nama, alamat dan sebagainya.
  2. Saya bersetuju sekiranya penyertaan upah haji ini terpaksa ditangguhkan dan dilaksanakan pada tahun ke hadapan sekiranya permintaan pada tahun semasa telah melebihi kuota yang ditetapkan oleh pengurusan syarikat.
  3. Saya bersetuju untuk menerima cenderahati lain sebagai ganti kepada Air Zam-zam sekiranya pihak syarikat mengalami kesulitan dalam menyediakan bekalan air zam-zam atas sebab-sebab yang berada di luar kawalan syarikat.
  4. Bagi pendaftaran yang dibuat secara online, Pihak Syarikat berhak mendapatkan slip pembayaran atau bukti transaksi pembayaran bagi pembayaran yang dibuat secara Perbankan Online.
  5. Jika pendaftar (waris) ingin membuat sebarang perubahan dalam borang, pendaftar perlu memaklumkan kepada pihak syarikat dalam masa tempoh 7 hari bekerja selepas pendaftaran dibuat.
  6. Jika pendaftar (waris) ingin membuat sebarang pembatalan, pihak pendaftar perlu memaklumkan kepada pihak syarikat dalam masa tempoh 7 hari bekerja selepas pendaftaran dibuat. Pihak syarikat berhak untuk mengenakan caj pengurusan sebanyak RM250 kepada pendaftaran yang dibatalkan.
  7. Pembatalan (Selepas 7 hari dari tarikh pendaftaran) adalah tidak dibenarkan kerana segala urusan sudah dilaksanakan dan diuruskan kepada pihak pengurusan di Makkah.
  8. Segala pembayaran perlulah dilakukan sebelum tarikh tutup seperti yang dinyatakan.
  9. Saya bersetuju untuk menerima Sijil dan cenderahati yang ditetapkan oleh syarikat tanpa sebarang prejudis. Sijil akan diberikan selewat lewatnya 60 hari dari tarikh wukuf.


Experience the unforgetable Experience

Copyright © BIZMILLA TRAVEL & TOURS [F]

Back To Top