skip to Main Content
BIZMILLA TRAVEL & TOURS (KPK/LN5503) | Umrah, Badal Haji & Pakej Percutian

Sila isikan maklumat dibawah dan teruskan ke proses pendaftaran dan pembayaran online / offline yang disediakan.

AQAD KURBAN

Saya ____ mewakilkan pihak Bizmilla Travel & Tours Sdn Bhd untuk pelaksanaan QURBAN bagi tahun ini atas nama berikut kerana Allah S.W.T:

  • Maklumat Penting

    *Nota: Jika lebih dari 7 penama / bahagian, boleh berurusan terus dengan kami di 603 5022 3227

    *Terma & Syarat
Soalan-soalan lazim Akikah & Qurban

Ibadah akikah ialah sembelihan haiwan ternakan kambing yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi. Manakala ibadah korban ialah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu 10 hingga 13 haribulan Zulhijjah.

Hukum melaksanakan Akikah ialah sunat Mu’akkadah –  iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut melaksanakannya. 

Ada 3 golongan yang dituntut untuk melaksanakan akikah. Susunan adalah mengikut keutamaan;

  1. Ibu bapa atau penjaga yang berkewajipan menanggung nafkah bayi.
  2. Datuk atau Nenek. Mereka juga dituntut mengakikahkan cucu mereka, sepertimana baginda Nabi SAW mengakikahkan cucu baginda iaitu Saiyidatina Hassan dan Hussain R.Anhuma.
  3. Diri sendiri. Sekiranya seseorang individu itu sudah dewasa dan berkemampuan dari sudut hartanya, tetapi (sewaktu kecil) dia belum diakikahkan oleh Ibubapa / datuk atau penjaganya, maka dia boleh lakukan Akikah untuk dirinya sendiri.

Akikah untuk anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan 1 ekor kambing.

Daging akikah sunat dimasak terlebih dahulu untuk dimakan bersama. Ini bermaksud daging tersebut tidak diagihkan secara mentah, sepertimana yang dilakukan terhadap daging sembelihan korban. Tetapi di EZ Qurban, tidak semua daging akikah tersebut dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penduduk tempatan supaya lebih ramai menerima agihan daging akikah tersebut.

Ibadah Akikah dilaksanakan pada hari ke-7, 14, dan 21 hari kelahiran bayi. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan akikahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7, dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. At-Tirmidzi).

Syeikh Arsyad Al-Banjari menyebutkan dalam Sabil Al-Muhtadin: “Jika terlepas akikah pada hari ke-7 kelahiran bayi, maka tunaikan pada hari ke-14. Dan jika terlepas hari ke-14, maka tunaikan pada hari ke-21. begitulah ia diselangi 7 hari berikutnya“.

Tidak digalakkan melaksanakan Akikah pada bahagian lembu, kerana Akikah itu dituntut untuk dilaksanakan pada seekor haiwan yang lengkap sempurna, sepertimana perbuatan Nabi SAW yang mengakikahkan haiwan kambing untuk cucundanya.



Experience the unforgetable Experience

Copyright © BIZMILLA TRAVEL & TOURS [F]

Back To Top